Cara2 membuat sambal tumis bertambah sedap

Hari ini saya hendak kongsi tips2 dan cara2 membuat sambal tumis bertambah sedap.
  1. Kalau sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Lebih perisa sambalnya.
  2. Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, maka selepas basuh, perapkan dengan garam dan ketika memasak harus rasa agak garam tidak berlebihan.
  3. Kalau sambal udang, rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
  4. Elakkan menggunakan cili boh kerna ada cuka (jika menggunakan harus masak sehingga betul2 garing dan gula perlu gunakan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)
  5. Api harus kecil dan tumis sehingga naik minyak.Selepas naik minyak baru masukkan gula.Gula dan minyak akan menjadi caremalize.Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!Kemudian masukkan air asam,garam dan air secukupnya.
  6. Kalau sambal bilis memang tak masuk kan garam sebabnya bilis dah masin.
  7. Kalau sambal sotong masukkan sotong dulu..lepas dah kecut baru masukkan air asam jawa.
  8. Kalau sambal udang masukkan udang dulu..lepas air udang dah keluar baru la masukkan air asam jawa.
  9. Kalau sambal telor selalunya masukkan sikit bilis sebagai perencah.
  10. Goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar lak.. agak cm dah layu... angkat... Seterusnya baru tumis lada kering agak-agak dah masak baru masuk dan air asam gula garam dan ikan blis ngan bawang tadi.
  11. Kalau udang dengan sotong,  goreng separuh masak terlebih dahulu, bila sambalnya sudah masak baru masukkan balik.
  12. Kalau sambal tumis udang, blender udang kering skit dengan cili kering.
  13. Tiap kali blender cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-2 masakan yg perlukan cili, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap.



Share on Google Plus

About the evening sunshine

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan :

Post a Comment